SEOUL - KOREA SELATAN. Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, hari ini memaklumkan beliau akan mengadakan satu lagi sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Jae-in dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengadakan pertemuan dengan Korea Utara sejak sidang kemuncak kedua bersama Presiden AS, Donald Trump di Vietnam pada Februari lalu gagal mencapai sebarang perjanjian.