'Grouse, Denti dilatih khusus cari mayat'

Iklan
Pasukan bomba bergambar bersama anjing K9 milik mereka yang diberi nama Grouse (kanan) dan Denti.

BATANG KALI - Unit Anjing Pengesan (K9) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditempatkan dalam operasi mencari mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini dilatih dan khusus untuk mencari mayat.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menggunakan khidmat enam ekor K9 selain bantuan K9 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Iklan
Iklan

"Antara kejayaan K9 ini adalah menemukan enam mangsa sepanjang dua hari operasi sejak Jumaat," katanya pada Ahad.

Beliau berkata, anjing K9 ini adalah terlatih dan khusus untuk mencari mayat.

Iklan

Jelasnya, K9 di JBPM ini ada beberapa kategori pengesanan sama ada kesan mayat atau jejak mangsa hilang.

"Grouse dan Denti tidak melakukan semua aspek terbabit. Ia hanya khas untuk mencari mayat bukan sahaja di timbunan tanah, tapi mampu untuk pencarian dalam air atau mangsa lemas.

Iklan

"Anjing K9 ini perlu menjalankan tugasan pencarian secara bergilir setiap 30 minit dalam tempoh 12 jam agar tahap pengesannya sentiasa efektif," ujarnya.

Tambahnya, Grouse dan Denti mampu mengesan di kedalaman kira-kira tiga hingga empat meter di dalam tanah.