Tanah runtuh: 9 mangsa masih gagal dikesan, SAR diteruskan

Iklan
Seekor anjing pengesan (K9) bersama pengendalinya yang terlibat dalam operasi SAR di lokasi kejadian. (Gambar kecil: Suffian)

BATANG KALI - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, yang masih hilang menemui jalan buntu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, tiada mangsa berjaya ditemui setakat jam 7 petang berikutan keadaan tanah di lokasi kejadian yang lembut menyukarkan pergerakan usaha mencari.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, usaha pengesanan masih diteruskan walaupun hujan renyai-renyai," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini pada Ahad.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, operasi SAR di lokasi kejadian telah masuk hari ketiga bagi mengesan baki sembilan orang mangsa yang masih hilang.

Iklan

Antara agensi utama terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam perkembangan lain, Suffian memaklumkan, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengenal pasti mangsa dan mengesan waris.

Iklan

Katanya, polis sedang mengesan waris-waris mangsa berdasarkan maklumat pemilikan daripada nombor pendaftaran kenderaan di lokasi kejadian bagi urusan tututan sembilan jenazah yang belum dituntut di hospital.

Dalam pada itu, Suffian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyumbang kepakaran masing-masing bagi melancarkan operasi SAR berkenaan.

Katanya, selain agensi penguatkuasaan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), badan bukan kerajaan (NGO), malah petugas media juga memainkan peranan penting dalam operasi SAR berkenaan.