Habuan lumayan buat Argentina, Perancis

Iklan
Messi (kiri) dan Mbappe menjadi tumpuan untuk membantu Argentina atau Perancis merangkul Piala Dunia dalam aksi final di Stadium Lusail pada jam 11 malam ini. - Foto EPA

PARA peminat mula mencongak pasukan yang bakal muncul juara Piala Dunia Qatar 2022, menjelang sepak mula yang menemukan juara bertahan Perancis dan Argentina pada jam 11 malam ini.

Di sebalik kemeriahan final di Stadium Lusail itu, para peminat boleh berkira-kira habuan lumayan yang bakal dibawa pulang sang juara dan pasukan-pasukan lain.

Iklan
Iklan

Selain bergelar juara, pemenang bakal membawa pulang AS$42 juta (RM185 juta), manakala pasukan yang tewas masih boleh tersenyum dengan habuan AS$30 juta (RM132 juta).

Edisi 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Iklan

Sebanyak 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.

Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan termasuk tuan rumah, Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay - semuanya memperoleh AS$9 juta (RM39 juta) setiap satu pasukan.

Iklan

Pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 kalah mati termasuk Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland, Korea Selatan bakal memperoleh AS$13 juta (RM57 juta).

Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir seperti England, Portugal, Belanda dan Brazil membawa pulang AS$17 juta (RM75 juta).

Maghribi yang menamatkan perlawanan di tempat keempat memperoleh AS$25 juta (RM110 juta), manakala Croatia memperoleh AS$27 juta (RM119 juta).

Bagi kapten Argentina, Lionel Messi dan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe serta 20 pemain lain, wang bukan buruan utama tetapi gelaran juara lebih berharga.