Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri meriah

Iklan
Kira–kira seramai 3,000 penonton hadir bagi menyaksikan kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang ditsyangkan di sebuah skrin layar gergasi di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini, pada Ahad.

SHAH ALAM - Kira–kira seramai 3,000 penonton hadir bagi menyaksikan kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang ditayangkan di sebuah skrin layar gergasi di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini, pada Ahad.

Program tontonan Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri itu berjaya menarik pencinta bola sepak daripada pelbagai latar belakang yang mahu merasai kemeriahan acara sukan tersebut yang dianjurkan setiap empat tahun sekali itu.

Iklan
Iklan

Penonton mula tiba sekitar jam 9 malam untuk memenuhi meja disediakan termasuk yang diletakkan di bahagian pekarangan jalan restoran berkenaan yang menempatkan skrin layar gergasi bagi menyiarkan perlawanan akhir antara Perancis dan Argentina.

Salah seorang penonton, Ahmad Nizamuddin Roslam, 25, berkata, acara tontonan bola sepak melibatkan jumlah kehadiran penonton terbesar antara terbesar dia pernah hadiri dianjurkan di sini.

Iklan

"Sebelum ini pun saya pernah saksikan perlawanan akhir bersama rakan-rakan pada tahun 2018 di restoran mamak sekitar Shah Alam, tapi tidak pernah semeriah dan seramai kali ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Ahad.

Menurut Ahmad Nizam, suasana yang dilihat pada acara tontonan bola itu dilihat seakan mengembalikan semula kemeriahan pernah dirasai oleh peminat sukan bola sepak di dalam negara ketika sebelum pandemik.

Iklan

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati ada penonton hadir sanggup berdiri sepanjang perlawanan berlangsung kerana meja dan kerusi disediakan pihak telah kehabisan.

Ahmad Nizam

Bagi seorang pekerja pelayan dari Indonesia dari Mohamad Sabrizal Ramalan, 34, berkata, sejak menetap di Seksyen 7, di sini pada tahun 2012, dia sentiasa hadir di setiap acara tontonan bola sepak dianjurkan di kawasan sekitar.

"Sebagai peminat bola sepak, kemeriahan suasana acara tontonan sebegini memang dinantikan oleh saya dan rakan-rakan," katanya.

Mohamad Sabrizal yang berasal dari Jakarta berkata, kemeriahan acara tontonan iti juga dapat mengubati kerinduannya terhadap tempat asalnya.

"Sebab di rumah saya di Jakarta pun sering kali dianjurkan acara tontonan sebegini jika ada perlawanan besar," katanya yang hanya akan pulang ke Indonesia dua tahun sekali.

Dalam pada itu, seorang lagi penonton dari India, Majid Khan, 26 berkata, dia teruja dengan semangat ditunjukkan oleh peminat bola sepak di Malaysia.

"Ini merupakan pengalaman yang menarik untuk saya sepanjang berada di sini," ujarnya yang baru bekerja sebagai penganalisis perniagaan dan menetap di sini sejak November lalu.

Hadir sama pada acara tontonan itu ialahAhli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz dan Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri merupakan anjuran syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan tempatan Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) dengan kerjasama Restoran Hakim dan Sinar Harian.

Hashim menyampaikan cenderahati kepada Ahli Parlimen Azli Yusof yang turut menyaksikan layar gergasi di Restoran Hakim