Pantai Timur dijangka alami hujan sangat lebat hingga Rabu

Iklan
Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia, dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, amaran cuaca tahap bahaya itu diramalkan berlaku di seluruh Kelantan serta Terengganu manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, bagi tempoh yang sama.

Amaran cuaca tahap bahaya itu turut dijangka berlaku di daerah Hulu Perak, Perak sementara bagi Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

Iklan

Sementara itu, MetMalaysia juga memaklumkan cuaca hujan berterusan tahap waspada di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dan seluruh Pulau Pinang hingga Rabu ini.

Selain itu, amaran tahap waspada itu dijangka berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar); Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan