Azam Messi terus beraksi

Iklan
Messi bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail awal pagi Isnin. - Foto EPA

PEMAIN bintang, Lionel Messi melahirkan penghargaan buat ribuan penyokong di Stadium Lusail yang menjadi inspirasi buat Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia selepas 36 tahun.

"Kami adalah juara dunia," laung Messi dengan menggunakan mikrofon.

Iklan
Iklan

Dua jaringannya dan sepakan pada penentuan penalti membantu Argentina mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga selepas 1978 dan 1986.

Messi memeluk ahli keluarganya dan rakan sepasukan selepas final mendebarkan yang berkesudahan 3-3 sehingga tamat masa tambahan yang menyaksikan Kylian Mbappe melakar hatrik.

Iklan

Messi dan Mbappe turut berjaya menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti sebelum penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menggagalkan sepakan Kingsley Coman manakala Gonzalo Montiel memastikan kejuaraan milik skuad La Albiceleste.

Di sebalik kejayaan itu, Messi berazam untuk terus beraksi di peringkat antarabangsa bagi memenuhi impian sepanjang hayatnya.

Iklan

Bagaimanapun dia mengakui kariernya kini di penghujung.

"Karier saya hampir berakhir kerana ini adalah tahun-tahun terakhir saya," katanya.

Messi ketika ini memasang impian baharu untuk membantu kelabnya Paris Saint-Germain merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali pertama.