Mangsa banjir meningkat 26,326

Iklan
Banjir di lima negeri semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 26,326 orang daripada 7,693 keluarga setakat jam 11 pagi Isnin.

SHAH ALAM - Situasi banjir di lima negeri semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 26,326 orang daripada 7,693 keluarga yang ditempatkan di 296 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi pada Isnin.

Berdasarkan portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi seramai 13,819 orang diikuti Kelantan (12,343); Johor (75); Perak (49) dan Pahang (40).

Iklan
Iklan

Sebanyak 296 PPS dibuka dengan 196 daripadanya di Terengganu, Kelantan (94); Johor (3), Perak (2) dan Pahang (1).

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, status air di beberapa kawasan utama di Kelantan melepasi paras bahaya iaitu Jambatan Melor, Bachok (10.05); Sungai Lebir, Kuala Krai (38.53); Rantau Panjang, Pasir Mas (10.63); Kampung Jenob, Tanah Merah (24.61); Kampung Jambu, Tumpat (2.96) dan Sungai Golok, Tanah Merah (24.49).

Iklan

Bagi Terengganu pula, kawasan berkenaan adalah Sungai Besut di Jambatan Jerteh (10.1) dan Sungai Besut di Kampung La (26.81); Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (13.19); Sungai Berang di Kampung Menerong (26.84); Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (15.02); Sungai Tebak di Jambatan Tebak (20.39) dan Sungai Tumpat di kampung Baru Kemasik (2.9).

Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (3.53); Sungai Chalok di Jambatan Chalok (10.08); Sungai Nerus di Kampung Bukit (14.75); Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (10.08) dan Sungai Besut di Jambatan Keruak (39.30).

Iklan

Di Pahang pula, Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin direkodkan berada pada paras bahaya dengan bacaan (11.74).