SYDNEY - AUSTRALIA. Terumbu karang terbesar di dunia, Great Barrier Reef akan mati melainkan tindakan segera terhadap iklim diambil termasuk menghapuskan kuasa arang batu.
Menurut Sydney Morning Herald, ia akan musnah jika suhu bumi meningkat setengah darjah Celsius lagi.
Iklan
Iklan
Laporan disediakan Pihak Berkuasa Taman Laut Great Barrier Reef mendapati langkah mengehadkan peningkatan suhu purata global kepada 1.5 darjah Celsius atau lebih rendah sejak zaman industri bermula adalah sangat penting untuk mengekalkan fungsi ekologi Great Barrier Reef.
Difahamkan, suhu dunia ketika ini sudah mencecah 1 darjah Celsius.
Para saintis menegaskan arang batu perlu dihentikan dalam tempoh tiga dekad untuk mengelakkan suhu berada di ambang 1.5 darjah Celsius. Australia terkenal dengan keajaiban alam semula jadi seperti Great Barrier Reef, namun ekonominya tetap bergantung kepada perlombongan dan bahan api fosil.
Perubahan iklim telah memberi kesan buruk terhadap terumbu karang itu yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia termasuk kejadian pelunturan besar-besaran pada 2016 dan 2017. - Bloomberg