KUALA TERENGGANU - Sebanyak enam jalan di daerah Setiu yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan buat masa ini, berikutan banjir yang sedang melanda negeri Pantai Timur.
Polis Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (berhampiran Petronas Permaisuri di Kampung Balik Bukit); Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (di lampu isyarat Guntong); dan Jalan Guntong-Kampung Saujana (di Kampung Guntong Dalam).