Tanah runtuh: 4 individu disyaki waris hadir ke lokasi kejadian

Iklan
Individu yang disyaki waris tiba di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting pada Isnin.

BATANG KALI - Empat individu dipercayai ahli keluarga mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh hadir di lokasi kejadian di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini, pada Isnin.

Keempat-empat individu terbabit terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu dilihat menuju ke khemah Pusat Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Salah seorang daripada mereka dilihat menangis sebaik anggota polis yang berada di khemah berkenaan memberi maklumat kepada individu berkenaan.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media memohon orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil di lokasi atau menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu operasi mencari mangsa.

Iklan

Beliau dilaporkan berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima berhubung kehilangan ahli keluarga.

Setakat jam 4 petang ini, jumlah mangsa yang belum ditemui kekal sembilan orang dengan misi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan sehingga kini.

Iklan