SEPANG - Tiga pekerja pemasangan kabel warga Indonesia maut dipercayai lemas dalam saluran pembetungan bawah tanah di Taman Sains 2, Cyberjaya di sini pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.17 petang.
Iklan
Iklan
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 3.24 petang.
"Tiga mangsa merupakan lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai telah pengsan ketika menjalankan kerja pemasangan kabel dalam saluran pembetungan yang berkedalaman lima meter," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang terlibat.
"Mayat ketiga mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.