Banjir: Operasi tren KTMB di Pantai Timur berubah

Iklan
KTMB

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan berlakunya perubahan status perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran dari segi tempat permulaan dan penamatan disebabkan banjir yang berlaku di Pantai Timur pada masa ini.

KTMB dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, perkhidmatan tren bernombor 26 dan 27 Ekspres Rakyat Timuran laluan JB Sentral ke Tumpat dan sebaliknya akan mula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah.

Iklan
Iklan

"Perkhidmatan shuttle tren nombor 51, 52, 55, 55, 56, 57, 60 bagi laluan Tumpat-Dabong-Gua Musang-Kuala Lipis dan sebaliknya akan mula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah.

"Perkhidmatan shuttle tren nombor 53 dan 58 Tumpat - Gua Musang - Tumpat ini akan mula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah," katanya pada Isnin.

Iklan

Tambah KTMB, bagi perkhidmatan shuttle tren 34, 35, 36, 37, 50, 59 bagi laluan Gua Musang - Kuala Lipis - Gemas dan sebaliknya beroperasi seperti biasa.

"Tiada perkhidmatan bas akan disediakan dari Tanah Merah ke Tumpat dan sebaliknya," katanya.

Iklan

Menurut KTMB, penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh membuat pembatalan tiket dan mendapatkan pemulangan tambang mengikut syarat serta terma yang telah ditetapkan.

Katanya, sebarang info lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 0322671200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui massenger Facebook rasmi.