Hina Agong: 15 NGO buat laporan polis

Iklan
NGO yang membuat laporan polis berkenaan Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu.

MARAN - Wakil dari 15 NGO di bawah naungan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (MGBBK) Parlimen Maran membuat laporan polis semalam kerana kecewa dengan tindakan pemilik Facebook Sabah-Sarawak Merdeka memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong.

Mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran pada kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Antara NGO terlibat, Majlis Belia Daerah Maran,Perkim Cawangan Maran, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Maran, Muslimat Pas Maran, Persatuan Bekas Polis Cawangan Maran dan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah (WI) Maran.

Mereka berarak membawa sepanduk membantah tindakan biadab pemilik Facebook Sabah-Sarawak Merdeka dan turut menyatakan sokongan penuh terhadap Al-Sultan Abdullah.

Iklan

Pengerusi MGBBK, Datin Seri Fatimah Kassim berkata, pihaknya kesal dengan hantaran menjelikkan dan melampau yang dibuat di laman Facebook itu yang disifatkan satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Kita mengharapkan kerajaan sekarang ini dapat menghalang gejala-gejala atau unsur yang boleh menjejaskan kedudukan orang Melayu, agama Islam dan institusi beraja,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Maran, semalam.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Maran, Abdul Ghani L Sulaiman berkata, laporan polis itu menzahirkan ketidakpuasan hati dan bantahan mereka terhadap tindak-tanduk pemilik pemilik Facebook Sabah-Sarawak Merdeka.

"Ini suatu tindakan tidak wajar sekali, biadab dan kami mengharapkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya,” katanya.