Ketidaktentuan ekonomi ancam aturan kerja fleksibel

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ATURAN kerja fleksibel yang diperkenalkan semasa pandemik kini terjejas disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi ketika ini, kata rangkaian profesional terbesar dunia, LinkedIn.

LinkedIn dalam penyelidikan eksekutif peringkat C global terbaharunya, ia mendapati lebih daripada dua pertiga atau kira-kira 68 peratus pemimpin perniagaan berkata keadaan semasa boleh mengancam kerja fleksibel.

Iklan
Iklan

Sebagai perbandingan, bidang utama lain dalam kehidupan bekerja seperti pembelajaran dan pembangunan (74 peratus) dan kesejahteraan pekerja (75 peratus) mungkin turut terjejas.

LinkedIn dalam satu kenyataan hari ini berkata kajiannya terhadap lebih 2,900+ eksekutif peringkat C daripada organisasi besar di seluruh dunia dan data pekerjaan LinkedIn mendedahkan percanggahan yang semakin meningkat antara perkara yang profesional mahukan dan apa yang ditawarkan oleh majikan dengan keseimbangan kuasa kembali kepada majikan kerana pengambilan pekerja semakin perlahan.

Iklan

Ia menyatakan bahawa lebih satu pertiga mahu mengurangkan belanjawan dan peluang pembelajaran dan pembangunan pekerja serta kerja fleksibel dan peranan kerja hibrid dengan 55 peratus pemimpin perniagaan di Asia Pasifik lebih menyukai pekerja berada di pejabat bekerja dengan kerap berbanding bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, sebanyak 68 peratus berpendapat bahawa kerja hibrid akan kekal untuk jangka masa yang lebih lama, katanya.

Iklan

Di Malaysia, LinkedIn berkata, terdapat syarikat yang melaksanakan strategi untuk mengharungi keadaan tidak menentu seperti melabur dalam inisiatif pembelajaran dan pembangunan untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang berkaitan dan usaha peningkatan kemahiran itu membantu mewujudkan tenaga kerja yang boleh menyesuaikan diri, komited dan berdedikasi.

Sebagai contoh, kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) baru-baru ini dan LinkedIn mahu mempercepatkan langkah Malaysia ke arah ekonomi berasaskan kemahiran dengan membantu pekerja mereka meningkatkan kemahiran serta dilatih semula menerusi Pembelajaran LinkedIn yang diadakan secara dalam talian, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood berkata, majikan yang berdaftar dengan HRD Corp mula kembali dan kini menumpukan perhatian terhadap mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan perniagaan bagi beberapa tahun akan datang seiring dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2023.

"Bagaimanapun bagi memastikan ia berkesan, mereka perlu terus menerima teknologi digital untuk memacu kecekapan operasi dan meningkatkan produktiviti perniagaan. Selain itu, mereka juga perlu memberi penekanan lebih kepada sumber manusia. Ini bermakna mengupah pekerja dengan kemahiran yang betul dan menyediakan peluang latihan dan pembangunan kepada tenaga kerja sedia ada untuk menggunakan dan mengoptimumkan peralatan teknologi digital.

"Justeru, HRD Corp telah bekerjasama dengan persatuan perniagaan dan industri terkemuka untuk membangunkan Rangka Kerja Kemahiran Industri, laluan kerjaya, pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk beberapa pekerjaan dan industri tertentu,” katanya. - Bernama