Kepentingan, hak rakyat tunggak utama - PM

Iklan
Anwar menandatangani watikah pelantikan selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul hari ini.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok,” kata Perdana Menteri.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab tersebut akan digalas dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama.

Iklan

"Kami (wakil rakyat) akan bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini. - Bernama

Iklan