Tiga mata sulung jadi buruan Harimau Malaya

Iklan
Faisal dijangka mengetuai jentera serangan Harimau Malaya dalam pertemuan menentang Myanmar di Yangon pada Rabu ini. FOTO: FB FAM

SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia untuk memperagakan aksi berkualiti, seterusnya melakar kemenangan ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu ini.

Penyerang negara, Faisal Halim berkata, dua perlawanan persahabatan sebelum ini yang berakhir dengan keputusan positif turut menyuntik semangat Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita diuji dalam dua perlawanan sebelum ini dan pasukan negara dapat memberikan satu persembahan yang agak baik. Saya percaya rakan-rakan sudah bersedia dan semua tidak sabar menunggu untuk perlawanan pertama.

"Saya harap pemain yang terpilih dapat beri yang terbaik. Ini waktu sebenar pemain buktikan mereka layak berada dalam pasukan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Iklan

Pada masa sama, Faisal percaya bermain dalam stadium kosong di gelanggang lawan akan memberikan kelebihan kepada skuad negara untuk melakar keputusan positif.

Aksi di Yangon itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton atas faktor keselamatan selepas Myanmar menghadapi krisis melibatkan pihak tentera dan juga kerajaan tempatan.

Iklan

Faisal yang sudah meledak lima gol termasuk ketika membenam Kemboja dan Maldives dalam aksi persahabatan minggu lalu percaya, tiga mata penuh ke atas Myanmar akan mengurangkan tekanan buat Harimau Malaya.

"Sudah tentu apabila bermain 'away' akan jadi kelebihan kalau tanpa kehadiran penyokong lawan.

"Itu membuatkan kita kurang tekanan seterusnya dapat beraksi lebih baik untuk mencapai sasaran tiga mata,” ujarnya.