[VIDEO] Tanah runtuh: Bomba guna kaedah 'sweeper', tebang pokok

Iklan
Pasukan MUST bomba melakukan kaedah sweeper di sekitar kawasan laluan sungai di lokasi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada Isnin.

BATANG KALI - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menggunakan kaedah 'sweeper' di laluan sungai dalam usaha mengesan sekiranya ada mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini yang dihanyutkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya telah menggerakkan tujuh anggota yang diketuai Multi Skill Team (MUST) iaitu pasukan berstatus elit di JBPM untuk penugasan terbabit.

Iklan
Iklan

"Sweeper ini digerakkan sejauh tujuh kilometer (km) di sepanjang sungai," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Isnin.

Beliau berkata, selain itu, operasi pencarian juga menggunakan kaedah tebangan pokok yang dijadikan sebagai lantai bagi laluan jengkaut (excavator).

Hafisham (kiri) dalam sidang akhbar di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Isnin.

Iklan

Katanya, keadaan tanah adalah tinggi, lembik dan berlecak hingga menyukarkan operasi pencarian dan laluan excavator.

"Kita telah mendapatkan tambahan excavator untuk mengasingkan tanah runtuh dan tanah asal," ujarnya.

Iklan

Tambah Hafisham, usaha di hari keempat setakat ini masih belum menemui petunjuk baki sembilan mangsa yang hilang.

Jelasnya, pasukan penyelamat akan teruskan usaha.

"Mereka tetap bersemangat untuk terus bekerja. Biar pun diarah untuk penggiliran, mereka tetap mahu bekerja.

"Apapun, mereka tetap perlukan rehat dan silih berganti. Keadaan emosi juga baik. Sekiranya kepenatan emosi, mereka akan diberi rawatan," katanya.