Tragedi Batang Kali: Pasukan penyelamat 'hero sebenar'

Iklan
Christine ketika merakam video di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini. Foto: The Malaysian Insight

BATANG KALI - [DIKEMAS KINI]"Saya tak dapat bayangkan kesukaran pasukan penyelamat tempuh ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan, itu reaksi salah seorang petugas media yang membuat liputan di dalam kawasan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini.

Penerbit Kanan Majalah 3 TV3, Christine Lee Mei Chin berkata, kesukaran dihadapi pasukan penyelamat yang menjalankan operasi ini disifatkan amat luar biasa.

Iklan
Iklan

"Keadaan tanah di lokasi tragedi yang berselut jelas menggambarkan betapa sukarnya anggota pasukan penyelamat menjalankan tugas SAR.

"Saya yang masuk sekejap pun, habis pakaian berselut, tambahan pula mereka yang bertugas hampir empat hari di sini, ternyata ia bukan satu perkara yang mudah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Katanya, tugas SAR ini pastinya lebih sukar apabila malam memandangkan keadaan yang agak gelap ditambah fizikal lokasi.

Selut sehingga paras lutut antara pengalaman ditempuh Christine ketika memasuki lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini.

"Satu pengalaman berharga apabila kami terdiri daripada jurufoto dan juruvideo dibenarkan masuk, memang kita bukan sahaja lihat malah merasai sendiri kesukaran dihadapi dalam melaksanakan tugas SAR ini.

Iklan

"Waktu malam pastinya lebih sukar lagi kerja-kerja SAR dijalankan, ditambah keadaan fizikal dan keadaan gelap di lokasi tragedi ini, apa yang boleh saya katakan pengorbanan anggota pasukan penyelamat sememangnya tidak ternilai harganya, mereka hero sebenar," katanya.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini memasuki hari keempat.

Bagaimanapun setakat ini difahamkan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan dalam kerja-kerja SAR ini.