Cari rezeki

Iklan

Masrul Kahatar Mohd Said,41 menggantung ikan tapah dan baung yang berjaya ditangkap di sekitar Sungai Soi lalu dijual di tepi jalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Seri Melati, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai nelayan sungai berkata paras air sungai yang meningkat dan berarus sejak beberapa hari lalu susulan hujan berterusan membolehkan tangkapan mudah diperolehi dengan memasang pukat.

Iklan
Iklan

Setiap sekilogram ikan tapah dijual dengan harga RM60 manakala ikan baung pula dengan harga RM30.