Tragedi Batang Kali: GPR kesan benda asing di lokasi SAR

Iklan
Hafisham ketika sidang media di lokasi tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali pada Isnin.

BATANG KALI - Lima peralatan Ground Penetrating Radar (GPR) yang digunakan operasi mencari dan menyelamat di lokasi tanah runtuh Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali berjaya mengesan benda asing di beberapa sektor lokasi pencarian di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, lima unit GPR itu telah dibuat penandaan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Iklan
Iklan

"Operasi SAR dijalankan melibatkan sektor C ke sektor A berdasarkan penandaan yang dijalankan.

"Setakat ini terdapat benda asing yang dikesan berdasarkan lima unit GPR tersebut dan pencarian dibuat di lokasi yang dikesan," katanya pada sidang akhbar di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, operasi tetap diteruskan biarpun dalam keadaan yang gelap.

"Fokus kami semua yang terlibat dalam operasi SAR ini adalah memastikan usaha yang dijalankan ini berjalan lancar.

Iklan

"Doa dari semua rakyat Malaysia amat kami harapkan agar apa yang diusahakan ini beroleh hasilnya," katanya.

Pada Jumaat, seramai 94 mangsa terlibat dalam runtuhan tersebut terdiri pengunjung juga pekerja di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini.

Setakat ini, seramai 24 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan sembilan lagi individu dipercayai masih lagi hilang manakala 61 individu terselamat.