JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Pulai secara seorang diri pada Ahad ditemui selamat.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Khairi Zainudin berkata, mangsa, Lee Chin Chai, 56 ditemukan dalam keadaan lemah pada 12.30 tengah malam tadi.
Iklan
Iklan
"Mangsa ditemui di dalam belukar yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dilaporkan hilang. Sebelum itu, mangsa menyahut panggilan suara anggota penyelamat.
"Mangsa yang keletihan diberikan sedikit makanan dan kembali cergas serta boleh berjalan sendiri selepas itu. Mangsa kemudiannya di bawa ke hospital dengan menaiki ambulan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu turut disertai anggota polis, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan Syarikat Air Johor (Ranhill SAJ).