APM Kedah lancar misi bantuan ke Pantai Timur

Iklan
20 pegawai dan anggota APM Kedah bergerak ke Pantai Timur pada Isnin malam bagi misi bantuan banjir.

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melancarkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur bagi membantu operasi menyelamat di kawasan terjejas.

Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, seramai 20 anggota Pasukan Bantuan Bencana Sokongan atau dikenali sebagai PARAS APM Kedah bersama pegawai bergerak ke Terengganu pada Isnin malam.

Iklan
Iklan

Katanya, antara aset yang dibawa untuk misi bantuan terbabit ialah sebuah lori, bot dan kenderaan pacuan empat roda serta peralatan menyelamat.

Menurutnya, pasukan itu akan mengikuti misi bantuan banjir maksimum 14 hari dan akan diganti dengan anggota lain mengikut keperluan semasa.

Iklan
Mohd Muaz (kanan) membantu anggota mengisi peralatan ke dalam bot.

"Selain itu, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) MADAD APM Kedah yang terdiri daripada 11 anggota bersama pegawai turut digerakkan ke Kelantan dengan empat kenderaan pacuan empat roda (Hilux) dan sebuah van untuk pengagihan bantuan makanan serta barangan keperluan lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Muaz berkata, bermula 21 hingga 28 Disember ini dijangka akan berlaku air pasang besar di perairan negeri ini dengan jangkaan paling tinggi 3.3 meter.

Iklan

"Kita akan membuat lebih pemantauan dari semasa ke semasa di pantai-pantai, selain memantau keadaan cuaca, apabila Jabatan Meteorologi Malaysia beritahu akan berlaku hujan dan air pasang besar," katanya.