BATANG KALI - Seramai dua anggota serta seorang pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini terpaksa dibawa keluar untuk menerima rawatan setakat Selasa.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kesemua anggota dan pegawai berkenaan dikeluarkan dari lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan dan masalah kesihatan.
Iklan
Iklan
"Manakala seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengalami kecederaan terkehel kaki dan seorang lagi anggota bomba mengalami masalah kesihatan," katanya pada sidang di lokasi kejadian, di sini pada Selasa.
Pada Isnin Sinar Harian melaporkan, Norazam dikejarkan ke Hospital Selayang sekitar jam 6 petang berikutan diserang strok kecil, dan keletihan.
JBPM Selangor dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, Norazam bagaimanapun berada di dalam keadaan baik dan stabil.