11 barangan tersenarai di bawah SHMMP sempena Krismas

Iklan
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 barangan tersenarai sebagai barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, skim kawalan berkenaan berkuat kuasa selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember.

Iklan
Iklan

Sebelas jenis barangan tersebut ialah ayam tua hidup (dikawal Sarawak sahaja), kepak ayam (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau dan kubis bulat import (China dan Indonesia).

Selain itui, lobak merah, ubi kentang import (China), babi hidup (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), perut babi dan daging serta lemak babi (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), katanya pada sidang media mengumumkan SHMMP Krismas 2022 di Bangunan Parlimen di sini pada Selasa.

Iklan

Pada masa sama, Salahuddin berkata, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam.

Katanya, tempoh SHMMP kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga dengan pengguna dapat menikmati harga berpatutan sementara peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

Iklan

Sementara itu, Salahuddin berkata, lebih 2,000 Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi memantau barangan keperluan perayaan.

Strategi itu, katanya, membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan langkah segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Pada masa sama, beliau berkata, penguatkuasaan secara berhemah dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran supaya peniaga mematuhi undang-undang dan mengamalkan perniagaan beretika.

"Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga ditetapkan dan mengunakan label merah jambu bagi barangan tersebut. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

"Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti," katanya.

Dalam pada itu, semakan harga SHMMP boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdnhep.gov.my. - Bernama