[VIDEO] 'Saya tidak pernah mohon pengampunan penuh' - Anwar

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah memohon pengampunan penuh yang diberi pada 2018, sebaliknya tindakan itu adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Sultan Muhammad V telah menelefonnya untuk menyatakan proses pengampunan berkenaan ketika beliau sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi, Cheras.

Iklan
Iklan

"Saya tidak memohon pengampunan kerana saya dihukum, 'make it clear on the record' di hansard. Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum (ketika itu), mengada-adakan termasuk dalam kes pertama, membuat pertuduhan dan peristiwa yang berlaku di bangunan yang belum ada, dan memaksa orang menjadi saksi atau mengambil siasatan sebelum laporan polis dibuat.

"Ada yang akan mengaitkan tentang menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, saya nak jelaskan ini sebab (ia adalah) fakta, (baginda) menelefon dan kata ‘Anwar, saya akan berikan pengampunan penuh kerana mengikuti perkembangan trial saudara, (telah ada) pelanggaran prinsip keadilan (travesty of justice), dan akan berikan pengampunan penuh secepat mungkin',” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ketika sidang pertama Dewan Rakyat pada Isnin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut membangkitkan isu pengampunan Anwar pada 2018 ketika perbahasan usul undi percaya kepada Perdana Menteri.

Iklan

Dalam pada itu Anwar turut mencadangkan kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada Kelantan untuk menghadap Sultan Muhammad V sekiranya mahu penjelasan mengenai isu berkenaan.

"Saya harap ahli-ahli yang berhormat khususnya daripada Kelantan boleh memohon mengadap Sultan Muhammad V yang pada ketika itu (2018) adalah Yang di-Pertuan Agong.

"Saya perlu jelaskan (isu pengampunan) kerana keabsahan itu adalah ‘moral legitimacy’ untuk dijelaskan,” ujarnya.