KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (peringkat bahaya) dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan (peringkat buruk) di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.