KANO - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh selepas diserang penyamun dalam dua kejadian di Kuara, di negeri Kaduna, Nigeria.
"Penyamun telah menyerang masyarakat di kawasan saya dan membunuh 37 orang,” kata pentadbir daerah Kaura, Atuk Stephen pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Stephen berkata, serangan itu berlaku pada Ahad malam di komuniti Malagum dan Sokwong.
"Penyamun membakar kira-kira 100 rumah ketika penghuni sedang tidur. Kejadian ini sangat memilukan,” katanya.
Namun, pihak polis masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai kejadian itu. - Bernama