DUA pemain boling elit negara - Adrian Ang dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, menampilkan aksi cemerlang untuk merangkul gelaran stepladder lelaki dan wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Thailand ke-45 di Bangkok, hari ini.
Adrian, yang mengungguli kedudukan keseluruhan pada pusingan kelayakan, menewaskan Billy M. Islam dari Indonesia; 217-193 jatuhan pin, manakala Siti Safiyah Amirah menumpaskan rakan sepasukan, Nerosha Keligit; 257-216 dalam stepladder final wanita, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Boling Asia (ABF); www.abf-online.org.