KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan DUN Sabah hari ini.
ADUN Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya ADUN UMNO di Sabah yang tinggal selepas kesemua rakan seperjuangannya berpaling kepada Bersatu.