Rumah hanyut banjir

Iklan

Mangsa banjir Raja Kamaruddin Raja Muhamad, 58, sayu melihat rumahnya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar di Kampung La, Hulu Besut jam 3 pagi pada Isnin.

Dua buah lagi rumah jiran Raja Kamaruddin turut hanya tinggal tangga dan tapak sahaja manakala dinding rumah dihanyutkan arus akibat limpahan Sungai Besut yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Iklan
Iklan

Sejumlah empat buah rumah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang menenggelamkan kampung itu selain beberapa buah rumah lagi mengalami kerosakan teruk.

Laluan ke kampung tersebut pula dapat diakses oleh pasukan penyelamat dan dilalui kenderaan berat bermula petang hari ini.

Iklan
Iklan