Bini marah suruh jual basikal, tapi ada hati nak beli khemah

Iklan

MERAK Jalanan bukan nak mengata kawan-kawan tapi kepada diri sendiri yang suka terikut-ikut dengan trend orang lain dalam berhobi.

Sebelum ini semasa kita semua terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti berbasikal antara riadah yang dibenarkan menyebabkan sukan itu menjadi popular pada waktu itu.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan antara yang terjebak dengan hingga sanggup berhabis ribuan ringgit membeli basikal, kelengkapan daripada baju hinggalah kepada macam-macam aksesori lain.

Bukan itu sahaja, banyak juga duit yang dihabiskan untuk melakukan modifikasi basikal hinggakan apa saja berkaitan basikal akan menjadi kegilaan.

Iklan

Dalam grup WhatsApp juga aktif berborak mengenai basikal untuk merancang kayuhan bersama rakan-rakan ke destinasi pilihan.

Sebut sahaja mana-mana tempat menarik, pasti akan sampai walaupun kayuhan melibatkan jarak ratusan kilometer.

Iklan

Tapi kini, bukan saja basikal sudah berhabuk, tetapi grup yang rancak dengan sembang basikal pun sudah sunyi sepi.

Hendak mengumpulkan dua orang kaki kayuh pada hujung minggu pun sudah susah tidak seperti mana masa mula-mula galak dengan sukan itu.

Natijahnya bini Merak Jalanan kerap berleter memaksa supaya basikal yang sudah berhabuk itu dijual supaya tidak menjadi besi buruk.

Dalam ketika didesak pelbagai penjuru supaya tidak lagi membazir seperti hobi berbasikal, Merak Jalanan sudah berkira-kira untuk terlibat dengan aktiviti berkhemah.

Ada beberapa jenis khemah yang sudah masuk chart untuk menunggu untuk Merak Jalanan menekan butang buy now.

Tapi bimbang pula hobi ini jadi hangat-hangat tahi ayam macam sukan berbasikal. Ada ke orang lain macam Merak Jalanan?