Tempahan meningkat, namun tidak menentu

Iklan
Penunggang p-hailing mendakwa jumlah tempahan meningkat ketika musim tengkujuh.

TEMERLOH - Biarpun musim tengkujuh, jumlah tempahan yang diterima oleh penunggang (rider) p-hailing di sini didakwa meningkat berbanding musim biasa.

Namun mereka memberitahu, jumlah tempahan tersebut tidak menentu dan kadang-kala bergantung kepada rezeki.

Addin

Iklan
Iklan

Penghantar makanan, Addin Mohd Syainiffandi, 24, berkata, tempahan meningkat pada musim kali ini berbanding kebiasaan.

"Mungkin masa hujan, orang mudah lapar dan bagi penghantar makanan seperti kami memang ia memberikan peluang mencari rezeki.

Iklan

"Cuma masa hujan kena berhati-hati ketika menghantar makanan pelanggan dan kebanyakan sudah memahami jika lambat sikit," katanya yang membuat pekerjaan itu sejak dua tahun lalu sepenuh masa.

Khairul Azwan

Rakannya, Khairul Azwan Mohd Ali Hanafiah, 27, pula menyifatkan penghantaran ketika hujan lebih tenang dan tidak terlalu terburu-buru mengejar masa.

Iklan

"Saya secara peribadi suka hantar masa hujan kerana suasananya lebih tenang, santai.

"Lagipun kita sudah lali dengan musim sebegini, persediaan lengkap pun dibuat dengan baju hujan sentiasa ada sebagai persediaan," ujar Khairul.

Syafiq Izzat

Seorang lagi penunggang p-hailing, Syafiq Izzat Putra Ahmad Helmi, 21, mengakui jumlah tempahan meningkat namun tidak menentu setiap hari pada musim tengkujuh.

"Ada masa banyak, ada masa macam hari-hari biasa, tak tentu tapi tetap bersyukur.

"Memang musim hujan begini, saya ambil pendekatan dan persediaan sewajarnya untuk mengelakkan sebarang risiko keselamatan," jelas pemuda tersebut yang sudah setahun mencari rezeki sebagai rider.

Bagi Mohd Amirul Shamsuddin, 25, pula, dia berharap pelanggan dapat memahami kesukaran yang dihadapi oleh rider sepertinya ketika musim tengkujuh untuk menghantar makanan.