BANGKOK - Pasukan penyelamat Thailand bertungkus lumus untuk mengesan baki 23 lagi kelasi yang masih hilang dalam insiden kapal tentera laut karam di Teluk Thailand.
Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan sehingga kini seramai 75 kelasi telah diselamatkan dari kapal HTMS Sukhothai.
Pada Selasa pasukan penyelamat menemukan enam mayat dan seorang kelasi ditemukan masih hidup kira-kira 60 kilometer dari lokasi kapal itu karam dan mangsa dilaporkan stabil.
HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan pada kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan), Ahad.
Misi mencari dan menyelamat turut melibatkan kapal tentera laut dan helikopter, merangkumi kawasan seluas 50 kilometer persegi.
Ketua Turus Tentera Laut Laksamana Cholatit Navanukroa mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Laut Malaysia dan Amerika Syarikat yang menawarkan bantuan untuk membantu misi mencari dan menyelamat. - Bernama