Tragedi Batang Kali : Operasi hari keenam diteruskan

Iklan
Situasi terkini di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada Rabu.


BATANG KALI - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus bersemangat dalam usaha meneruskan baki pencarian mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang memasuki hari keenam pada Rabu.

Difahamkan, operasi bermula pada jam 8 pagi membabitkan pelbagai agensi melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Tinjauan Sinar Harian setakat jam 9 pagi, keadaan cuaca cerah dan baik.

Lebih 15 petugas media mula berkumpul bagi melaporkan situasi dan perkembangan terkini di lokasi kejadian.

Pasukan SAR terus bersemangat dalam usaha meneruskan baki pencarian mangsa tanah runtuh dengan keadaan cuaca yang cerah dan baik.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Selain itu, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9), jentera pengorek (excavator) serta Unit Dron PDRM diteruskan dalam operasi SAR ini.

Untuk info, mayat seorang kanak-kanak perempuan telah ditemukan pada jam 11.15 malam di sektor C (Riverside) pada hari kelima operasi (Selasa) menjadikan jumlah mangsa yang terkorban adalah seramai 25 orang dan lapan lagi masih dikesan.

Dalam kejadian pada 16 Disember, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.24 pagi membabitkan 94 mangsa di mana 61 dilaporkan selamat.