Tuntutan palsu, tiga lelaki direman lima hari

Iklan
Ketiga-tiga suspek direman lima hari sehingga 20 April ini.

JOHOR BAHRU - Tiga suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM689,000.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Iklan
Iklan

Sebelumnya, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Johor Bahru kira-kira jam 9.10 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Semalam, SPRM menahan tiga suspek berusia 47 tahun hingga 57 tahun dipercayai terlibat mengemukakan tuntutan palsu mengenai program pendidikan yang tidak dijalankan.

Iklan

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga suspek yang merupakan pensyarah sebuah kolej, timbalan pendaftar universiti dan pengarah sebuah syarikat swasta ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri, semalam.

Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai bersubahat mengemukakan tuntutan palsu kepada universiti berkaitan perbelanjaan program Dana Kebolehpasaran Graduan (GE) berjumlah RM689,000 sedangkan program itu tidak dilaksanakan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.