[VIDEO] Tanah runtuh: Hujan lebat, operasi SAR henti sementara

Iklan
Pasukan penyelamat berdepan dengan keadaan cuaca hujan lebat petang Rabu. - Foto: Bernama

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting di sini, pada Rabu dihentikan sementara.

Ini berikutan hujan lebat melanda kira-kira jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Operasi akan diteruskan semula selepas cuaca kembali baik bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini kepada petugas operasi.

Pada jam 11.16 pagi Rabu, pasukan operasi berjaya menemui satu mayat lelaki dewasa di sektor B (farmview).

Iklan

Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.

Baki mangsa yang masih hilang adalah seramai tujuh orang.

Iklan

Untuk info, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas seramai 94 orang.

Daripada jumlah itu, 61 selamat, 26 meninggal dunia manakala tujuh masih hilang.

Mangsa yang meninggal dunia terdiri lima lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.