KKD, Nadma pastikan penduduk terima amaran banjir

Iklan
Ahmad Fahmi meninjau barangan keperluan harian dan set penjagaan diri yang disumbangkan oleh syarikat telekomunikasi di kementeriannya pada Rabu.

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi memastikan penduduk di kawasan berisiko banjir mendapat maklumat awal.

Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Nadma akan berhubung dengan syarikat telekomunikasi untuk mengaktifkan notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Iklan
Iklan

"Kita guna kaedah geo location spesifik bagi memastikan penduduk menerima maklumat awal agar persediaan dapat dibuat.

"Malah kita juga akan menggunakan rangkaian televisyen dan radio secara kerap bagi menghebahkan amaran banjir diseluruh negara,” katanya ketika sidang akhbar di kementerian itu pada Rabu.

Iklan

Jelasnya, pihak Jabatan Penerangan juga kini menyampaikan maklumat secara bergerak di lapangan berkenaan amaran banjir.

"Bagi memudahkan urusan komunikasi dan liputan pihak media, semua pusat pemindahan seluruh negara (PPS) akan disediakan kemudahan wifi internet,” katanya

Iklan

Mengulas lanjut berkenaan ada mangsa yang terperangkap kerana tidak mendapat amaran banjir, Ahmad Fahmi berkata, siren amaran banjir adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Dari apa yang kita lihat setengah kawasan itu mungkin penghuni merasakan ingin berada di situ ataupun tidak (tidak mahu berpindah),” katanya

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi turut mengumumkan kementeriannya akan menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas.

Katanya, barangan keperluan harian itu disumbangkan oleh syarikat telekomunikasi Celcom-Digi dan lain-lain bernilai RM500,000 manakala set penjagaan diri yang diisi dalam tong bernilai RM200 setiap satu.