Imigresen hantar sukarelawan ke Kelantan, Terengganu

Iklan
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud melancarkan konvoi Misi Kemanusiaan Bantuan Bencana Banjir 2022 di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA - Seramai 135 sukarelawan terdiri daripada anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia digerakkan ke Terengganu dan Kelantan menerusi konvoi Misi Kemanusiaan Bantuan Bencana Banjir 2022 bagi membantu mangsa banjir di kedua negeri tersebut pada Rabu.

Imigresen menerusi kenyataan memaklumkan sukarelawan itu terdiri daripada anggota dan pegawai dari Putrajaya, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Iklan
Iklan

"Sebanyak 25 kenderaan pelbagai jenis digunakan untuk misi bantuan ini, 11 kenderaan akan menuju ke Kelantan manakala 14 lagi akan ke Terengganu.

"Misi ini digerakkan bagi menghulurkan bantuan, sokongan dan sumbangan serta mengatur gerak kerja membantu pegawai-pegawai imigresen dan keluarga yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda dua negeri tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memberikan kata-kata semangat kepada peserta konvoi Misi Kemanusiaan Bantuan Bencana Banjir 2022 di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Rabu.

Iklan

Katanya, seramai 71 pegawai imigresen dan keluarga dikenal pasti terjejas dalam bencana itu.

"Kesemua mereka yang terjejas melibatkan seramai 50 anggota dan pegawai di Terengganu manakala 21 anggota dan pegawai di Kelantan.

Iklan

"Selain itu, misi bantuan ini juga membawa sejumlah bekalan keperluan asas dan makanan untuk mangsa banjir yang terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Tabung Bantuan Banjir Jabatan Imigresen Malaysia turut dilancarkan bagi mengumpulkan dana untuk membantu warga agensi tersebut yang terjejas banjir.