Jabatan Pertanian tidak terbabit urusan permit tapak perkhemahan

Iklan
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Pertanian menafikan dakwaan pihaknya memaklumkan tiada lesen tapak perkhemahan yang boleh dipohon oleh pengusaha Father’s Organic Farm.

Jabatan Pertanian dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak mempunyai autoriti untuk memberi permit, lesen atau khidmat nasihat kepada mana-mana pengusaha yang menyediakan tapak perkhemahan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Jabatan Pertanian khususnya Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor tidak pernah memberi ulasan atau berbincang berkenaan permit tapak perkhemahan atau sebagainya dengan pengusaha Father’s Organic Farm.

"Ini kerana, perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa Jabatan Pertanian.

Iklan

"Kami hanya berperanan memberi khidmat nasihat berkaitan proses dan kaedah untuk mendapatkan pensijilan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) serta lawatan berkaitan proses tersebut di Father’s Organic Farm,"ujarnya pada Rabu.

Perkara itu dikeluarkan oleh jurucakap tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Frankie Tan dalam sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Disember 2022.

Iklan

Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor yang mengalami bencana tanah runtuh pada Jumaat lalu memaklumkan dia tidak dapat membuat permohonan mendapatkan lesen tapak perkhemahan kerana permit seperti itu tidak wujud.

Frankie Tan berkata, dia diberitahu oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk jabatan pertanian bahawa tiada lesen sedemikian boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.

Tambah Jabatan Pertanian, pihaknya berfungsi untuk memberikan khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

"Selain itu, kami turut menguatkuasakan akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit serta memudahkan perdagangan antarabangsa," jelasnya.