Sekumpulan remaja menunggang kuda di kawasan air bertakung berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan di Pantai Teluk Ketapang di sini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (Buruk) dijangka berlaku di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Khamis ini.
Hujan berterusan dijangka (Waspada) berlaku di negeri Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Jerantut dan Maran), Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian) sehingga Khamis ini.