23 pegawai, 307 anggota Tentera Darat terlibat operasi SAR

Iklan
Dua buah eskevator jenis PC 210 LC-10M milik pasukan 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja antara aset terlibat dalam operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.

KUALA LUMPUR - Seramai 23 pegawai dan 307 anggota Tentera Darat dari Briged Ke-11 Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali sejak 16 Disember lalu.

Tentera Darat Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan aset Tentera Darat turut digerakkan bagi melancarkan operasi SAR ini.

Iklan
Iklan

"Aset melibatkan dua buah eskevator jenis PC 210 LC-10M milik pasukan 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja dan seekor anjing pengesan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

"Antaranya ia menekankan aspek menjalin hubungan kerjasama di antara organisasi dan agensi awam dalam mendepani isu dan krisis yang melanda negara.

Iklan
Anjing pengesan turut digunakan dalam operasi SAR.

"Turut berada di lokasi adalah Panglima 4 Divisyen Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ya'cob Samiran dan Panglima 11 Briged Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman," katanya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm d Jalan Genting di sini, pada Rabu dihentikan sementara.

Iklan

Ini berikutan hujan lebat melanda kira-kira jam 2.30 petang.

Operasi akan diteruskan semula selepas cuaca kembali baik bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini kepada petugas operasi.