SHAH ALAM - Projek tebatan banjir perlu dilaksanakan di negeri yang sering terkesan sebagai langkah untuk mengatasi masalah bencana itu dalam jangka masa panjang.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, pelaksanaan projek itu dapat memudahkan proses pengaliran banjir serta menyelesaikan masalah pengaliran air banjir di kawasan yang sering mengalami limpahan air hujan.