[DIKEMAS KINI] Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla telah mencapai persetujuan dengan pemain tengah Isco untuk menamatkan kontraknya, kata kelab itu pada Khamis.
Bekas pemain Real Madrid itu tiba di Sevilla pada Ogos, dengan membuat 19 penampilan untuk kelab itu, telah menjaringkan satu gol.
Pemain berusia 30 tahun itu telah meninggalkan Real Madrid pada Mei selepas sembilan tahun, memenangi 19 trofi termasuk tiga kejuaraan liga, lima trofi Liga Juara-Juara dan empat Piala Dunia Kelab.
Untuk rekod, Isco telah dikaitkan dengan pelbagai kelab sepanjang musim panas, dengan Jose Mourinho dilaporkan sangat berminat untuk membawanya ke AS Roma, tetapi dia memilih untuk ke Sevilla.
Beliau menyertai Sevilla diuruskan oleh Julen Lopetegui, namun tidak kekal lama apabila Lopetegui dipecat pada 5 Oktober selepas mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan.
Pengganti Lopetegui, Jorge Sampaoli, masih menggunakan Isco, namun beliau hanya menghabiskan 90 minit dalam lima kali sepanjang musim.
Isco telah berlatih bersendirian sejak sebulan lalu berikutan masalah buku lali, tidak gembira apabila direkrut pengarah sukan Sevilla, Monchi, atas permintaan Lopetegui.
Isco diwakili oleh ejen Jorge Mendes, yang kini perlu mencuba dan mencarinya kelab baharu pada jendela pertengahan musim.
Beliau juga telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris dan kini ia kelihatan seperti peluang terbaik untuk permulaan baharu.