Tanah runtuh: Genap seminggu, tujuh lagi mangsa dikesan

Iklan
Operasi pencarian mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Batang Kali diteruskan pada Khamis.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa hilang di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini genap seminggu pada Khamis.

Operasi bermula pada jam 8 pagi melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian setakat jam 9.30 pagi, keadaan cuaca sedikit mendung.

Lebih 15 petugas media mula berkumpul bagi melaporkan situasi dan perkembangan terkini di lokasi kejadian.

Iklan

Selain itu, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9), jentera pengorek (excavator) serta Unit Dron PDRM diteruskan dalam operasi SAR ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.

Untuk info, pada jam 11.16 pagi, mangsa ke-26 tragedi tanah runtuh ditemui di sektor B (farmview) dengan memeluk seekor anjing peliharaannya.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.

Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban adalah seramai 26 orang dan tujuh lagi masih dicari.

Dalam kejadian pada 16 Disember, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 2.24 pagi membabitkan 94 mangsa dengan 61 dilaporkan selamat.