Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

Iklan
Beberapa buah kenderaan mengharungi limpahan air Sungai Golok yang memenuhi Jalan Pengkalan Kubor ke Kampung Simpangan di Tumpat ketika tinjauan pada Rabu

KOTA BAHRU - Dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dan Sungai Golok di Kampung Jambu, Tumpat merekodkan bacaan paras bahaya pagi ini iaitu masing-masing 36.78 meter (m) dan 3.83 m.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut merekodkan bacaan paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.33m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.17m).

Iklan
Iklan

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai (23.98m) dan Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah, Jeli (55.19m) berada pada tahap amaran.

Tiga sungai iaitu Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (28.64m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.26m) dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu (3.37m) pula merekodkan bacaan pada paras waspada. - Bernama

Iklan
Iklan