Tanah runtuh: Empat mayat tertimbus dalam satu khemah

Iklan
Suffian pada sidang akhbar perkembangan terkini di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Khamis.

BATANG KALI - Empat mayat tragedi tanah runtuh di tapak Father's Organic Farm di Jalan Genting, di sini, ditemukan di kedalaman tujuh meter dalam satu khemah pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, keempat-empat mayat itu ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama empat agensi lain pada jam 11.04 pagi di sektor C (riverside).

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan dipercayai mula mereput.

"Pemeriksaan awal mangsa terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa dan dua kanak-kanak iaitu lelaki dan perempuan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian pada Khamis.

Iklan

Pasukan operasi mencari dan menyelamat menemui empat mayat di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan.

Iklan

Katanya, kesemua mayat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

"Setakat ini kita tidak boleh sahkan lagi identiti keempat-empat mangsa ini sama ada melibatkan ahli keluarga yang sama atau bukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Suffian mengesahkan terdapat tiga laporan polis diterima pihaknya setakat ini.

"Satu mayat lelaki yang ditemui pada Rabu juga telah dikenal pasti dan telah dituntut ahli keluarganya," jelasnya.