KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan melawat pesakit kanser Mya Zara Damia Faizal, 15, di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lawatan itu merupakan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Make-A-Wish Malaysia untuk menunaikan impian Mya Zara Damia yang menghidap leukemia bertemu Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sejak dari kecil.
Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar Mya Zara Damia menjaga permakanan, berehat dengan sebaiknya selain mendoakan Mya Zara Damia sembuh seperti sedia kala supaya boleh kembali bersekolah serta berjumpa rakan-rakan.
Raja Permaisuri pula semasa bertitah menzahirkan hasrat untuk menunaikan impian Mya Zara Damia merasai masakan daripada air tangan baginda sendiri.
Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda berdua meluangkan masa lebih sejam melawat 25 lagi pesakit kanser kanak-kanak di Wad Hematologi-Onkologi, selain berkenan beramah mesra bersama petugas HPKK dan waris pesakit di hospital itu.
Mya Zara Damia ketika ditemui berkata, dia pada awalnya berhasrat untuk melawat dan melihat sendiri Istana Negara namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan kerana masih dalam rawatan.
"Walaupun tidak dapat masuk Istana Negara, Permaisuri Agong titah akan masak makanan untuk saya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan berkata, pertubuhan tersebut gembira dapat menunaikan hajat Mya Zara Damia.
"Kami sering bekerjasama dengan hospital tertentu untuk menunaikan hajat kanak-kanak dan hari ini Mya Zara Damia sangat gembira dengan keberangkatan tiba Seri Paduka berdua dan meminta untuk memakai baju kurung yang dipinjam daripada jururawat agar kelihatan lebih menarik,” katanya. - Bernama