Sukarelawan UMP Kilau hulur bantuan banjir Pantai Timur

Iklan
Yuserrie (kanan) melepaskan sukarelawan UMP Kilau bagi Misi Sukarelawan Banjir Pantai Timur di UMP kampus Pekan,di sini pada Rabu.
PEKAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggerakkan Misi Sukarelawan Banjir Pantai Timur bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pada Rabu.

Misi bantuan melibatkan 20 Sukarelawan UMP Kilau itu membawa bersama keperluan makanan, air minuman dan pakej makanan sedia dimakan melalui teknologi retort di bawah inisiatif food@campus (UMP Campus Pantry) dan Yayasan UMP dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, pada peringkat pertama sebanyak 3,500 pek makanan sedia diedar dan akan diagihkan secara berperingkat.

Menurutnya, sumbangan itu bagi membantu mangsa banjir terutama membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di kedua-dua negeri itu termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan IPT sekitarnya.

"Bermatlamatkan ‘sifar kelaparan', kemudahan makanan teknologi retort atau penstrilan yang dihasilkan ini mampu bertahan lama tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.

Yuserrie (belakang, tengah) bersama sebahagian sukarelawan UMP Kilau yang terlibat dalam Misi Sukarelawan Banjir Pantai Timur.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Usaha ini sebagai persediaan bagi menyediakan makanan semasa kecemasan bagi membolehkan pelajar di sini mendapatkan makanan yang sihat dan sedia untuk dimakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau sebelum itu hadir melepaskan pasukan Sukarelawan UMP Kilau di perkarangan Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, UMP kampus Pekan pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Mohd Rusllim Mohamed dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kamal Zuhairi Zamli.

Yuserrie berkata, inisiatif itu hasil kerjasama UMP, Yayasan UMP dengan sokongan KPT bagi membolehkan pelajar yang terkesan banjir di dua negeri itu mendapat makanan yang dimasak menggunakan teknologi retort antaranya nasi berlaukkan ayam masak merah, daging masak kicap dan nasi goreng.

"Usaha ini juga dirangka sebagai pelan jangka masa panjang dengan membangunkan Perancangan Kehidupan Kampus Lestari yang komprehensif meliputi pelan makanan, asrama, pengangkutan, peranti dan lain-lain bagi kemudahan pelajar dalam universiti," ujarnya.

Sementara itu, seramai 3,000 sukarelawan Kilau UMP dalam kalangan staf dan pelajar bersiap siaga bagi bantuan pasca banjir khususnya di Pahang dan negeri di Pantai Timur