Tiga beranak OKU hidup susah dapat perhatian

Iklan
Sebuah keluarga OKU mendapat perhatian dan bantuan daripada pihak LZS.

SHAH ALAM - Sebuah keluarga tiga beranak yang memerlukan bantuan susulan ketua keluarga terbabit hilang punca pendapatan selepas kesihatannya semakin merosot mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan ketua keluarga terbabit menghidap diabetes kronik dan dua anak lelakinya kehilangan upaya (OKU) akibat penyakit misteri dan seorang lagi selepas terlibat dalam kemalangan ketika bekerja.

Iklan
Iklan

"Bapa menghidap diabetes kronik dan baru sahaja dipotong kakinya di bawah paras lutut, beliau sebelum ini berniaga pau dan kehilangan punca pendapatan. Isterinya meninggal dunia enam tahun lalu.

"Beliau tinggal bersama dua anak lelaki yang juga sedang sakit. Kedua-dua anaknya membantu berniaga pau dan kini perniagaan tidak dapat dijalankan akibat kesihatan masing-masing makin merosot dan perlu menguruskan bapa yang baru dipotong kakinya,” kata LZS di laman Facebooknya.

Iklan

Dalam pada itu, LZS turut memaklumkan keluarga itu menyewa rumah agak uzur pada kadar RM150 namun walaupun dalam suasana kekurangan, terserlah kemesraan serta kebahagiaan mereka sekeluarga apabila anak-anak OKU itu masih menjaga bapa mereka dengan baik.

"Semoga ALLAH kurniakan kesembuhan buat mereka dan kembali menjana pendapatan seperti dahulu,” kata kenyataan itu.

Iklan